Selamat Datang ke blog AbieAziz ;) Feel free to drop any comments and your url too. Be my followers and i'll be urs too. Sila jangan buat kacau disini. Jaga tingkah laku anda di blog saya. Thanks ;)

♥Ikut Abie Aziz.♥

Wednesday, February 2, 2011

♥Selamatkan Pelajar & Rakyat Malaysia di Mesir♥


Satu isu yang penting dan serius untuk diperkatakan.
Kepada anda yang tahu, sila sebarkan dan kepada yang belum tahu bole lah trus mmbace dan sebarkan.

Inilah krisis darurat yang berlaku di Mesir ketika ini.
Ia mengenai Revolusi Rakyat Mesir menentang Kerajaan pimpinan Hosni Mubarak.

Kalau baca akhbar harian and tv mainstream mmg lah anda taktau ape yg berlaku secara terperinci. Asyik-asyik citer pasal isu Fasha Sandha ,Pilihanraya Dun Tenang dan isu PM spam emel rakyat dgn ucapan CNY.

Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.

Angka sebenar jumlah pelajar Malaysia tidak dapat dipastikan tetapi menurut sumber lain, bilangan rakyat Malaysia di Mesir seramai 11,000.

Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.

Keadaan di Mesir :

1. Huru-Hara hampir di semua tempat di Mesir



2.Internet, Komunikasi Telefon bimbit disekat.

Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.

Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

Khabarnye, semalam 1Feb- talian telefon bimbit sudah bole digunakan cuma internet masih tiada.

3. 5000 banduan terlepas dari penjara

Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.
Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

Sumber dari - Dangerous Criminal Escaped.

4.Pelajar Malaysia dirogol dan dirompak

Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.

Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius

Sumber dari - Curi-curi On9. ,Pengesahan Rogol..

5.Darurat, Krisis tempat tinggal dan makanan.

Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.

Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.

6.Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar



Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.

Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.

Bacaan lain :

1. Krisis Mesir Nasib Rakyat Kita.

2.Facebook Page.

3. Mother Jones

4. Ariffshah

5. Revolusi Piramid bukan MLM Mesir

Selaen dari tuh, sapa yang ade Astro and langgan Al-Jazeera bule la update news dari sane.

Info terkini :

‎[HAL UNIVERSITI] :

1. CAIRO UNI : Bercuti 3 bulan
2. AL-AZHAR UNI : Bercuti 1 tahun
3. Ain Shams UNI : Bercuti 6 bulan

Mohon share dkt FB dan blog anda or tweet ya, semoga sentiasa ade tindakan dan usaha dari pihak kerajaan untuk membawa pulang dan menyelamatkan rakyat kita di Mesir. Amin.

p/s; Julung-julung buat entri kemasyarakatan. Doakan lah mereka.

♥AbieAziz♥

No comments:

Post a Comment

♥Thank You♥